Murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid: Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari in cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid: Dekat!
Cikgu: Keadilan!
Murid: UMNO!
Cikgu: Salah!
Murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid: Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid: Sebab kami kurang pandai!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid: Ah! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid: Cukup belajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata UMNO salah!
Murid: Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu: Bengang kamu ni!
Murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid:Kami dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: *Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar*
Wouldn't it be great if we can shut our teachers up as easy as that?
No comments:
Post a Comment